Skip to main content

Sukarnya tepati janji.....

Seorang teman mengadu hal berkenaan suaminya kepada saya hari ini. Teman saya itu dan suaminya pada pandangan saya merupakan pasangan yg boleh dikatakan bahagia. Teman saya menceritakan yg suaminya telah lupa janji sekali lagi. Saya mengerutkan dahi dan memandang teman saya itu sebagai isyarat ingin tahu apa yg dia maksudkan.

"Takde laa....tadi aku buka FB tgk hubby aku baru berkawan dgn sorang pompuan. Aku check le FB pompuan tu,dah berkahwin. Mungkin bekas kawan sekolah dia. Cuma yg wat aku terkilan.....sebelum ni dia dah berjanji mana2 pompuan yg nk 'add' dia dlm FB dia akan bgtau aku sebelum dia confirm request. Tapi td aku buka FB tgk2 dia dah kawan dgn sorg pompuan. Bukan 1st time dia lupa,ni dah 3 kali. kali pertama dia lupa dulu dia kata dia tak sengaja tekan confirm,dia nak tekan ignore tertekan confirm. Aku diam je la....tapi terdetik gak alasan tu mcm tak leh diterima. Kali kedua pun dia bg alasan yg sama.....aku xtau la yg ke 3 kali ni apa pulak dia nk jawab. Aku pun xtau camne nk bertanya pd dia"......

Teman saya menundukkan kepala dan kemudian mengeluh perlahan. Saya menepuk perlahan bahunya sambil meminta dia supaya bersabar. Teman saya itu selama yg saya kenal merupakan seorang yg tak mudah melenting,tenang bila menghadapi kesulitan yg berkaitan kesilapan yg suaminya lakukan. Dia juga seorang yg tak pernah mengongkong kebebasan suaminya utk melakukan aktiviti bersama rakan. Suaminya pula menurut teman saya itu,seorang suami yg bertanggungjawab,tak suka membuang masa melepak,hobi yg sering dilakukan hanyalah memancing dan bermain badminton. Selain dari itu,jika tak bekerja...suaminya lebih suka duduk di rumah dan melayan anak2.

Melihatkan teman saya itu saya faham yang dia cuma terkilan namun masih tak terhakis kepercayaannya terhadap suami tercinta. Dia mungkin kebingungan memikirkan bagaimana nk bertanyakan hal itu kepada suaminya. Ya....selama saya kenal teman saya ini,dia seorang yg benar2 menjaga pertuturan bila berinteraksi dgn suami. Dia cukup takut kalau ada kata2 yg terkeluar dari mulutnya yg bisa menyinggung hati suaminya. Dan disebabkan itu bila suaminya sekali lagi lupa janji,dia yg selalunya ceria menjadi agak menyepikan diri berbanding hari2 sebelumnya.

Apa yg saya boleh buat hanyalah meminta dia bersabar dan tenang. Saya tak nak memberikan sebarang pandangan takut2 hanya memburukkan keadaan. Hanya apa yg terdetik di hati...lelaki memang sukar menepati janji. Mungkin agak klise,tapi saya pernah menonton rancangan motivasi oleh tokoh terkemuka yg mengatakan mengikut kajian,lelaki sifatnya mudah berjanji tetapi tak mudah ingat dan tepati janji. Sebaliknya wanita akan sentiasa ingat setiap janji yg dikatakan oleh lelaki.

Adakalanya saya terfikir dan tertanya,apakah lelaki tidak peka dgn tiap kata yg diucapkan? Adakah kata2 yg diucapkan membawa makna yg ikhlas atau sekadar kata2 penyedap hati wanita? Benar....saya tidak nafikan bukan semua lelaki begitu. Namun itulah keluhan wanita yg seringkali kita dengar. Sukarnya seorang lelaki itu mengotakan janjinya.

Mungkin pada lelaki ianya perkara kecil bila lupa janji,namun pada pihak wanita bila lelaki lupa mengotakan janji,ianya boleh menjejaskan kepercayaan wanita terhadap lelaki.

Saya tak mahu mengulas lebih lanjut kerana saya bukanlah ilmuan atau tokoh motivasi keluarga yg terkenal yg boleh diambil pakai kata-katanya. Cuma apa yg boleh saya katakan tiada rumahtangga yg aman dari perselisihan,hanya kecil atau besar sahaja. Dan tiap rumahtangga yg bahagia itu pasti dibenci Syaitan dan Syaitan pasti berusaha seliciknya untuk mewujudkan sekecil-kecil badai kepada sebesar-besar taufan antara suami isteri. Bak kata pepatah..."Sedangkan lidah lagikan tergigit".......

Pandangan saya sendiri sebagai seorang isteri......syurga bagi seorang isteri adalah di bawah telapak kaki suami. Selagi mana suami itu menyempurnakan tanggungjawabnya sebaik mungkin,mengerjakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya,maka bersabarlah andai ada kesilapan yg mungkin dia tak sedar telah lakukan. Dan yg penting,berhemahlah dan berlembutlah tatkala ingin menegur kesilapan suami. Pasti ada yg kurang bersetuju dan mengatakan mengapa harus isteri yg perlu sentiasa mengalah dan bersabar? Saya tak dapat memberi jawapan yg sesuai dan tepat.....apa yg saya mampu katakan adalah....kalau kita ikut hati....mati,kalau kita ikut rasa.....binasa.....

Tiada manusia yg sempurna....sekali lagi klise. Tetapi realitinya memang tiada manusia yg sempurna.....

Comments

Popular posts from this blog

Assalamualaikum...... Sudah lama benar saya 'abaikan' blog ni. Hmmm......kesibukan menguruskan rumahtangga dan anak sulung yg sudah bersekolah tadika tahun ini dlm keadaan diri sedang hamil anak ke-3 membuatkan masa saya lapang saya lebih byk diluangkan dgn berehat secukupnya demi menjaga kesihatan sendiri dan anak dlm kandungan. Dan kini hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi si kecil bakal melihat dunia.....insyaAllah. Tempoh berpantang kali ini saya hanya memilih utk berpantang di rumah sendiri memandangkan anak sulung sudah bersekolah(walaupun Tadika). Sayang rasanya nk biarkan dia terpaksa ponteng sebulan setengah jika saya memilih berpantang di kampung memandangkan dari kecil sampai dah sekolah saya yg menjaga anak2 sendiri. Suami pula bekerja shif,jadi xde sape yg bakal menjaga anak2 bile suami bekerja sekiranya saya di kampung berpantang. Syukurlah ada anak sedara sebelah suami yg bercuti semester panjang,dia lah yg bakal jd babysitter kpd anak sulung dan anak kedua sa...

ZIKIR DAPAT MENCERAHKAN WAJAH

Zikir utama adalah yang diucap dengan hati dan lisan secara serentak. Di antara kedua-duanya, zikir dengan hati adalah lebih utama daripada berzikir dengan lisan semata-mata. Imam al-Ghazali berkata zikir itu terbahagi kepada....... Pertama – Zikir dengan lisan saja. Kedua – Zikir dengan hati serta lisan secara paksa. Ketiga – Zikir dengan hati yang dibantu dengan lisan tanpa paksaan. Menguasai zikir dalam hati dan menumpukannya. Seterusnya Imam al-Ghazali memberikan pandangannya dengan berkata : Yang sedikit faedahnya dan lemah kesannya iaitu apabila lisan berzikir sedangkan hati di dalam keadaan lalai. Firman Allah Petikan dari Surah al-Ahzab, ayat 35 yang bermaksud : “Dan orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar”. Rasulullah S.A.W yang bersabda maksudnya : “Sesiapa yang mengucapkan ‘Subahanallah hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan un...

Berhati-hati Memilih Pemimpin

Artikel ini saya petik dari laman web Dr.Danial Zainal Abidin. Moga kita mendapat manfaat bersama........ Dalam surah al-Hajj ayat 40-41, Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”. Dalam ayat ini Allah menceritakan tentang golongan yang mendapat pertolongan daripada Allah. Mereka ialah golongan yang ‘diteguhkan kedudukan mereka di muka bumi’ berdasarkan kalimat ‘makkannaahum fil ardh’ dalam surah al-Hajj ayat 41. Imam al-Hasan dan Abu al-‘Aliyah mentafsirkan golongan ini sebagai ‘golongan daripada umat ini yang diberikan kemenangan oleh Allah’. Imam Ibn Abu Najih mentafsirkannya sebagai ‘pemimpin-pemimpin’. Imam ad-Dahhak mentafsirkannya sebagai ‘mereka yang kurni...