Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

57 Anugerah Allah Kepada Mereka Yang Bersedekah Dan Membayar Zakat

ونظراً لحاجة الأمة والمجتمعات والشعوب للبذل والعطاء والإنفاق ومد يد العون والمساعدة، أحببنا أن نذكّر في هذه العجالة بفوائد الزكاة والصدقات، لعل ذلك يكون دافعاً لمزيد من البذل والعطاء.. فمن فوائد الزكاة والصدقات: 1 – امتثال أمر الله تعالى ورسوله . Sebagai melaksanakan perintah Allah SWT dan Rasulnya. 2 – التنزه عن صفة البخل المهلك. Menyucikan sifat Bakhil Yang Membinasakan. 3 – التعاون على البر والتقوى. Sebagai Tanda memberi sokongan kepada perbuatan kebaikan dan bertaqwa. 4 – الصدقة برهان على إيمان صاحبها. Sedekah sebagai tanda atau bukti bahawa Pemberi Sedekah Telah mendapat Sinaran Cahaya Iman. 5 – الزكاة والصدقات تطهّر النفس وتزكيها. Sedekah dan zakat adalah penyuci kepada jiwa. 6 – مضاعفة الحسنات. Bersedekah pasti mendapat anugerah yang berlimpah daripada Allah SWT. 7 – الزكاة والصدقات دليل على شكر نعمة المال. Sedekah dan zakat bukti kita mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT. 8 – مغفرة الذنوب وتكفير السيئات وإطفاء نار الخطايا. Sedekah dan zakat adalah pengampunan daripada dosa, me...

STATUS HALAL HARAM RESTORAN DAN MAKANAN: PENGESAHAN DARI JAKIM

Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :- 1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM : 1) McDonald 2) A&W 3) Secret Recipe Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal : 1) Victoria Station 2) Kam Lun Ta 3) Lotus Family Restoran Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM : 1) San Francisco Steakhouse 2) Chicken Rice Shop 3) Kiwi Express Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM . Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan. 2. Ayam seg...

I love Islam

Assalamualaikum.... Hari ni aku buka FB dan tgk satu video seorang bukan muslim menghina Islam dan Rasululullah S.A.W. Menonton video tu menjadikan aku 'panas'.....menyirap-nyirap je ...rs mcm nk rejam org tu. Itu lah padahnya org jahil. Tak fhm tapi berani nk komen. Siapa2 pun xkira bangsa atau agama.....bila kita xpandai kita belajar....bila kita xfhm kita belajar....cari ilmu......bila dah ada ilmu tu kita kena fahami betul2,hayati...dan kemudian buat pilihan sama ada nk amalkan atau tidak. Pastu bila nk 'study' sesuatu bab tu jgn le pndang negatifnya dan ketepikan positifnya bulat2.....yg paling penting jgn suka2 buat spekulasi kalau tak fhm maksud sebenar apa yg kita tahu tu... Ntah le....komen lebih2 karang aku lak kena. Apa2 pun mmg aku tak boleh sabar bila ada yg menghina Islam atau Rasulullah S.A.W. Aku sayangkan agama Islam dan baginda Rasululllah S.A.W...wlupun aku pun amal ibadat tak seberapa tetapi tiap umat Islam mmg mesti mencintai Islam dan Rasulullah S....

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :- 1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah. 2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar. 3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat. 4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya. 5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami. 6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah. 7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain y...

12 Aurat Wanita

Assalamualaikum, hari ini mari kita melihat apa yang dikatakan 12 aurat wanita. Sama-sama kita mengambil perhatian dan pengajaran daripadanya.. 1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari. 2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng...jadi hantu loceng. 3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Pet...

Hilangnya Malu.......

Assalamualaikum..... Sebelum kalian membaca nota ini,ingin sekali aku memohon beribu kemaafaan andai ada yg terasa,tersinggung dan sebagainya bila membaca nota ini...Bukan niat nk menyinggung sesiapa,sekadar menulis buat renungan bersama...... Sengal....sengal....... Sabtu mlm ahad kelmarin aku dgn hubby dan anak2 pergi la ke pasar mlm kat sini. Sampai2 je kat pasar mlm tu org punya la ramai....nk kata time dpt gaji,lum hujung bulan lg. Tapi tak kisah le tu.... Hubby pun parking kete. Kami berjalan menuju ke tapak pasar mlm tu. Dalam bersesak-sesak tu anak aku Syirah mintak nk beli dadih kat slh satu gerai. Tgh2 duk tggu peniaga tu bungkuskan dadih tu.....lalu la dua org awek Melayu ni yg free hair dan berpakaian yg aku rs cukup menyimpang dr landasan Islam. Aku dan hubby secara automatik beristighfar dan masing2 menggeleng kepala. Apa yg aku maksudkan pakaian awek tu yg menyimpang adalah kerana...... yg sorang tu pakai kemeja yg fit badan dan berlengan pendek bersama dgn legging yg se...

Panduan Buat Suami......Langkah Bestari Suami Mithali (Dato' Dr.Mohd.Fadzillah Kamsah)

Isteri diwajibkan oleh Allah untuk mentaati Suami....jika Isteri telah pun berusaha dan masih lagi berusaha menjadi Isteri Mithali....... Suami juga seharusnya seiring merubah diri menjadi Suami Terbaik buat Isteri......Suami Mithali tunjang keluarga harmoni dan diberkati...... Langkah bestari seorang suami Mithali adalah..... 1.Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa. 2.Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik. 3.Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda. 4.Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah. 5.Pasti...

Ciri-ciri Wanita Solehah

Islam tidak mengenakan syarat yg banyak dan susah untuk seseorang wanita itu mendapat gelaran wanita solehah dan seterusnya menerima pahala syurga sebagaimana yg Allah janjikan untuk hambaNya yg beramal soleh. Dua syarat utama menjadi wanita solehah adalah: 1) Taat kepada Allah dan Rasul-Nya 2) Taat kepada suami Taat kepada Allah dan Rasul-Nya; - Mencintai Allah SWT dan Rasulullullah SAW melebihi dari segala-galanya - Wajib menutup aurat - Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah - Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali muhrim atau mahram bersamanya - Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran,kebajikan dan ketakwaan - Berbuat baik kepada kedua ibu bapa - Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah atau pun senang - Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa - Bersikap baik terhadap tetangga Taat kepada suami ; - Memelihara kewajipan terhadap suami - Sentiasa menyenangkan suami - Menjaga kehormatan diri dan harta suami selama suami tiada di rumah - Tida...