Assalamualaikum...... Alhamdulillah.....Segala puji bagi Allah kerana masih memanjangkan usia saya memasuki tahun baru 1432 Hijriyah. Setiap kali menjelang Awal Muharram saya pasti teringat sewaktu arwah ayah masih ada dahulu,setiap kali hari terakhir sebelum memasuki tahun baru hijrah....menjadi suatu kemestian bagi arwah ayah mengajak kami sekeluarga berkumpul sebelum masuk waktu solat maghrib utk sama2 membaca doa akhir tahun dan kemudian selepas solat maghrib sama2 membaca doa awal tahun. Di sini saya kongsikan doa akhir dan awal tahun hijrah utk kita manfaatkan bersama. Walaupun ianya tidak diwajibkan,namun sangat digalakkan. Mungkin juga ada antara kita yg tak tahu pun ada doa utk menyambut tahun baru hijrah dan doa utk akhir tahun. Jadi pd yg tak pernah berdoa sempena kedatangan tahun baru Hijrah.....marilah sama2 mulakan tahun 1432 H ini dengan menadah tangan dan berdoa kepada Yang Maha Esa. Doa Akhir Tahun Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib p...
Menulis bukan kerana nama...