Skip to main content

Akhiri 1431H dan Sambut 1432H dengan berdoa.

Assalamualaikum......

Alhamdulillah.....Segala puji bagi Allah kerana masih memanjangkan usia saya memasuki tahun baru 1432 Hijriyah. Setiap kali menjelang Awal Muharram saya pasti teringat sewaktu arwah ayah masih ada dahulu,setiap kali hari terakhir sebelum memasuki tahun baru hijrah....menjadi suatu kemestian bagi arwah ayah mengajak kami sekeluarga berkumpul sebelum masuk waktu solat maghrib utk sama2 membaca doa akhir tahun dan kemudian selepas solat maghrib sama2 membaca doa awal tahun. Di sini saya kongsikan doa akhir dan awal tahun hijrah utk kita manfaatkan bersama. Walaupun ianya tidak diwajibkan,namun sangat digalakkan. Mungkin juga ada antara kita yg tak tahu pun ada doa utk menyambut tahun baru hijrah dan doa utk akhir tahun. Jadi pd yg tak pernah berdoa sempena kedatangan tahun baru Hijrah.....marilah sama2 mulakan tahun 1432 H ini dengan menadah tangan dan berdoa kepada Yang Maha Esa.


Doa Akhir Tahun
Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.


Doa Awal Tahun
Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.




Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Assalamualaikum...... Sudah lama benar saya 'abaikan' blog ni. Hmmm......kesibukan menguruskan rumahtangga dan anak sulung yg sudah bersekolah tadika tahun ini dlm keadaan diri sedang hamil anak ke-3 membuatkan masa saya lapang saya lebih byk diluangkan dgn berehat secukupnya demi menjaga kesihatan sendiri dan anak dlm kandungan. Dan kini hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi si kecil bakal melihat dunia.....insyaAllah. Tempoh berpantang kali ini saya hanya memilih utk berpantang di rumah sendiri memandangkan anak sulung sudah bersekolah(walaupun Tadika). Sayang rasanya nk biarkan dia terpaksa ponteng sebulan setengah jika saya memilih berpantang di kampung memandangkan dari kecil sampai dah sekolah saya yg menjaga anak2 sendiri. Suami pula bekerja shif,jadi xde sape yg bakal menjaga anak2 bile suami bekerja sekiranya saya di kampung berpantang. Syukurlah ada anak sedara sebelah suami yg bercuti semester panjang,dia lah yg bakal jd babysitter kpd anak sulung dan anak kedua sa...

ZIKIR DAPAT MENCERAHKAN WAJAH

Zikir utama adalah yang diucap dengan hati dan lisan secara serentak. Di antara kedua-duanya, zikir dengan hati adalah lebih utama daripada berzikir dengan lisan semata-mata. Imam al-Ghazali berkata zikir itu terbahagi kepada....... Pertama – Zikir dengan lisan saja. Kedua – Zikir dengan hati serta lisan secara paksa. Ketiga – Zikir dengan hati yang dibantu dengan lisan tanpa paksaan. Menguasai zikir dalam hati dan menumpukannya. Seterusnya Imam al-Ghazali memberikan pandangannya dengan berkata : Yang sedikit faedahnya dan lemah kesannya iaitu apabila lisan berzikir sedangkan hati di dalam keadaan lalai. Firman Allah Petikan dari Surah al-Ahzab, ayat 35 yang bermaksud : “Dan orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar”. Rasulullah S.A.W yang bersabda maksudnya : “Sesiapa yang mengucapkan ‘Subahanallah hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan un...

Berhati-hati Memilih Pemimpin

Artikel ini saya petik dari laman web Dr.Danial Zainal Abidin. Moga kita mendapat manfaat bersama........ Dalam surah al-Hajj ayat 40-41, Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”. Dalam ayat ini Allah menceritakan tentang golongan yang mendapat pertolongan daripada Allah. Mereka ialah golongan yang ‘diteguhkan kedudukan mereka di muka bumi’ berdasarkan kalimat ‘makkannaahum fil ardh’ dalam surah al-Hajj ayat 41. Imam al-Hasan dan Abu al-‘Aliyah mentafsirkan golongan ini sebagai ‘golongan daripada umat ini yang diberikan kemenangan oleh Allah’. Imam Ibn Abu Najih mentafsirkannya sebagai ‘pemimpin-pemimpin’. Imam ad-Dahhak mentafsirkannya sebagai ‘mereka yang kurni...