Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

Siapa Orang yang Allah Cintai?

1.Orang yang bertaqwa Allah berfirman yg bermaksud :"Sesungguhnya Allah menyukai orang yg bertaqwa". (Surah al-Tawbah 9:4) 2.Orang yg cepat-cepat bertaubat. Allah berfirman yg bermaksud :"Sesungguhnya Allah menyukai orang yg bertaubat dan menyukai orang yg menyucikan diri." (Surah al-Baqarah 2:222) 3.Orang yg adil Allah berfirman yg bermaksud :"Sesungguhnya Allah menyukai orang yg berlaku adil." (Surah al-Mumtahanah 60:8) 4.Orang yg bertawakal Allah berfirman yg bermaksud :"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yg bertawakal kepada-Nya." (Surah Ali'Imran 3:159) 5.Orang yg berbuat kebaikan Allah berfirman yg bermaksud :"Dan berbuat baiklah,kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yg berbuat baik." (Surah al-Baqarah 2:195) 6.Orang yg berjuang pada jalan Allah Allah berfirman yg bermaksud :"Sesungguhnya Allah menyukai orang yg berperang pd jalan-Nya dalam b...

Raye raye raye.....

Assalamualaikum....... Lama dah x nulis dlm blog aku nih.... Musim raya la kan....sibuk beraya la ape lg. Tapi raya raya gak.....jgn lak kita jd org yg lama selepas sebulan berpuasa. Ramadhan berlalu....amalan pun berlalu pergi gak.....ape nk jadi?! Tiap tahun sama jek.....puasa sebulan Ramadhan dijadikan semacam 'adat budaya' je... Bile Syawal menjelma.....lupa laaa nk teruskan amal ibadat yg dituntut. Syaitan pun gelak ketawa sakan le..... Lebih lg bile pi umah terbuka sana sini....solat pun lupa sbb sibuk jalan sana sini mkn free...... Kesian ada sedih pun ada......Mudah2 Allah berikan aku,keluarga aku,kawan2 aku kekuatan iman yg berlipat kali ganda setelah Syaitan kembali bebas menggoda.....Amin!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010

Alhamdulillah.....selamat sampai kg.jam 1.45pg td. Nasib baik x jammed....klu x mesti lagi lmbt smpai. Ape2 pun hari ni semua pasti sibuk membuat persediaan memasak juadah hari raya.....Aku dah mula rindu lagi dgn Ramadhan....ntah sempat atau tidak utk bertemu Ramadhan akn dtg..... Selamat tinggal Ramadhan,moga kita bertemu kembali tahun depan. Selamat dtg Syawal.....Aidilfitri di sambut dgn penuh kemeriahan dan kesyukuran serta keimanan yg InsyaAllah semakin bertambah setelah sebulan berpuasa.....Salam Aidilfitri,maaf zahir batin....

Adakah kita benar2 menang?!!

Assalamualaikum...... Lebih kurang seminggu lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Cepat benar masa berlalu......terasa baru saja 2-3hari aku berpuasa di bulan mulia...Ramadhan. Belum puas mengubat rindu pd Ramadhan,ia sudah pun hampir meninggalkan kita dan hanya akan kembali setahun akan dtg. Itu pun kalau kita dipanjangkan usia.... Ketibaan Syawal pasti sgt dinantikan ramai yg merasakan mereka telah menang melawan nafsu di bulan Ramadhan. Kedatangan Aidilfitri semakin terasa sehingga Ramadhan yg hanya tinggal beberapa hari dilupakan keistimewaannya. Bukankah Ramadhan itu penghulu segala bulan?....Bulan yg penuh dgn gandaan pahala pabila kita menggandakan amal ibadat kita. Namun bila Syawal nk menjelma....ramai antara kita seakan gembira Ramadhan akan pergi meninggalkan kita... Ramai antara kita yg lemah imannya,yg cetek ilmu agamanya seakan gembira Syaitan akan dilepaskan dr ikatannya selama sebulan itu. Ye lah....bila Syawal menjelma bermakna Syaitan bebas kembali untuk menjalan...

ZIKIR DAPAT MENCERAHKAN WAJAH

Zikir utama adalah yang diucap dengan hati dan lisan secara serentak. Di antara kedua-duanya, zikir dengan hati adalah lebih utama daripada berzikir dengan lisan semata-mata. Imam al-Ghazali berkata zikir itu terbahagi kepada....... Pertama – Zikir dengan lisan saja. Kedua – Zikir dengan hati serta lisan secara paksa. Ketiga – Zikir dengan hati yang dibantu dengan lisan tanpa paksaan. Menguasai zikir dalam hati dan menumpukannya. Seterusnya Imam al-Ghazali memberikan pandangannya dengan berkata : Yang sedikit faedahnya dan lemah kesannya iaitu apabila lisan berzikir sedangkan hati di dalam keadaan lalai. Firman Allah Petikan dari Surah al-Ahzab, ayat 35 yang bermaksud : “Dan orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar”. Rasulullah S.A.W yang bersabda maksudnya : “Sesiapa yang mengucapkan ‘Subahanallah hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan un...