Skip to main content

Siapa Orang yang Allah Cintai?

1.Orang yang bertaqwa

Allah berfirman yg bermaksud :"Sesungguhnya Allah menyukai orang yg bertaqwa". (Surah al-Tawbah 9:4)


2.Orang yg cepat-cepat bertaubat.

Allah berfirman yg bermaksud :"Sesungguhnya Allah menyukai orang yg bertaubat dan menyukai orang yg menyucikan diri." (Surah al-Baqarah 2:222)


3.Orang yg adil

Allah berfirman yg bermaksud :"Sesungguhnya Allah menyukai orang yg berlaku adil." (Surah al-Mumtahanah 60:8)


4.Orang yg bertawakal

Allah berfirman yg bermaksud :"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yg bertawakal kepada-Nya." (Surah Ali'Imran 3:159)


5.Orang yg berbuat kebaikan

Allah berfirman yg bermaksud :"Dan berbuat baiklah,kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yg berbuat baik." (Surah al-Baqarah 2:195)


6.Orang yg berjuang pada jalan Allah

Allah berfirman yg bermaksud :"Sesungguhnya Allah menyukai orang yg berperang pd jalan-Nya dalam barisan yg teratur seakan-akan mereka sebuah bangunan yg tersusun kukuh." (Surah al-Saff 61:4)

Comments

Popular posts from this blog

Raye raye raye.....

Assalamualaikum....... Lama dah x nulis dlm blog aku nih.... Musim raya la kan....sibuk beraya la ape lg. Tapi raya raya gak.....jgn lak kita jd org yg lama selepas sebulan berpuasa. Ramadhan berlalu....amalan pun berlalu pergi gak.....ape nk jadi?! Tiap tahun sama jek.....puasa sebulan Ramadhan dijadikan semacam 'adat budaya' je... Bile Syawal menjelma.....lupa laaa nk teruskan amal ibadat yg dituntut. Syaitan pun gelak ketawa sakan le..... Lebih lg bile pi umah terbuka sana sini....solat pun lupa sbb sibuk jalan sana sini mkn free...... Kesian ada sedih pun ada......Mudah2 Allah berikan aku,keluarga aku,kawan2 aku kekuatan iman yg berlipat kali ganda setelah Syaitan kembali bebas menggoda.....Amin!!!

Berhati-hati Memilih Pemimpin

Artikel ini saya petik dari laman web Dr.Danial Zainal Abidin. Moga kita mendapat manfaat bersama........ Dalam surah al-Hajj ayat 40-41, Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”. Dalam ayat ini Allah menceritakan tentang golongan yang mendapat pertolongan daripada Allah. Mereka ialah golongan yang ‘diteguhkan kedudukan mereka di muka bumi’ berdasarkan kalimat ‘makkannaahum fil ardh’ dalam surah al-Hajj ayat 41. Imam al-Hasan dan Abu al-‘Aliyah mentafsirkan golongan ini sebagai ‘golongan daripada umat ini yang diberikan kemenangan oleh Allah’. Imam Ibn Abu Najih mentafsirkannya sebagai ‘pemimpin-pemimpin’. Imam ad-Dahhak mentafsirkannya sebagai ‘mereka yang kurni...

IBLIS......MUSUH atau TEMAN?

Telah diceritakan bahwa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat. Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?" Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." "Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?" Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku." Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?" Iblis menjawab, "Lima belas." 1. Engkau sendiri hai Muhammad. 2. Imam dan pemimpin yang adil. 3. Orang kaya yang merendah diri. 4. Pedagang yang jujur dan amanah. 5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk. 6. Orang Mukmin yang memberi nasihat. 7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang. 8. Orang yang tetap dan ...