Skip to main content

Adakah kita benar2 menang?!!

Assalamualaikum......

Lebih kurang seminggu lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Cepat benar masa berlalu......terasa baru saja 2-3hari aku berpuasa di bulan mulia...Ramadhan. Belum puas mengubat rindu pd Ramadhan,ia sudah pun hampir meninggalkan kita dan hanya akan kembali setahun akan dtg. Itu pun kalau kita dipanjangkan usia....

Ketibaan Syawal pasti sgt dinantikan ramai yg merasakan mereka telah menang melawan nafsu di bulan Ramadhan. Kedatangan Aidilfitri semakin terasa sehingga Ramadhan yg hanya tinggal beberapa hari dilupakan keistimewaannya. Bukankah Ramadhan itu penghulu segala bulan?....Bulan yg penuh dgn gandaan pahala pabila kita menggandakan amal ibadat kita. Namun bila Syawal nk menjelma....ramai antara kita seakan gembira Ramadhan akan pergi meninggalkan kita... Ramai antara kita yg lemah imannya,yg cetek ilmu agamanya seakan gembira Syaitan akan dilepaskan dr ikatannya selama sebulan itu. Ye lah....bila Syawal menjelma bermakna Syaitan bebas kembali untuk menjalankan tugasnya menggoda dan menyesatkan umat Islam...

Dikatakan Aidilfitri itu adalan tanda kemenangan kita setelah sebulan memerangi nafsu sendiri. Tapi berapa ramai di kalangan kita yg benar2 memperoleh kemenangan itu?!!! Selepas sebulan berpuasa....tahap iman,kuantiti dan kualiti amal ibadat tetap juga di takuk lama.... Tak berubah mahupun insaf.... Masih lg megah menayangkan aurat....di'seri'kan dgn baju2 raya yg ntah berapa pasang...Dgn make up bak artis nk terima anugerah artis popular..... Masih lagi 'orang' yg sama sebelum dan selepas Ramadhan.....mcm tu boleh ke dikatakan menang melawan nafsu?!!!!!Tak kurang juga yg sambut Syawal dgn minum2 kat kelab2 mlm.... Masa sebulan Ramadhan tak merokok di siang hari kerana menghormati Ramadhan tetapi bila Syawal menjelma......sehari berkotak2 rokok pun leh dihabiskan.....

Cakap lebih2 pun nnti ada yg terasa....tak kurang juga mengata "engkau pun apa kurangnya?..." Ya....benar aku pun masih kurang amal ibadat,masih kurang iman dan taqwa.... Aku juga tak tahu aku berada di tahap yg mana.....adakah aku mendapat pahala berpuasa dan pahala2 amal yg aku kerjakan di bulan Ramadhan?...Aku mmg tak tahu....tapi yg aku tahu aku dah cuba yg terbaik utk meningkatkan saham akhirat aku di bulan mulia Ramadhan. Sama ada diterima atau tidak...Wallahualam...Aku hanya hamba-Nya yg masih cuba memperbaiki kelemahan diri....yg masih cuma utk lebih mencintai-Nya berbanding cinta2 dunia....yg masih merasakan yg aku juga antara mereka yg sebenarnya tetap org yg kalah melawan nafsu sendiri.....

Comments

Popular posts from this blog

Assalamualaikum...... Sudah lama benar saya 'abaikan' blog ni. Hmmm......kesibukan menguruskan rumahtangga dan anak sulung yg sudah bersekolah tadika tahun ini dlm keadaan diri sedang hamil anak ke-3 membuatkan masa saya lapang saya lebih byk diluangkan dgn berehat secukupnya demi menjaga kesihatan sendiri dan anak dlm kandungan. Dan kini hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi si kecil bakal melihat dunia.....insyaAllah. Tempoh berpantang kali ini saya hanya memilih utk berpantang di rumah sendiri memandangkan anak sulung sudah bersekolah(walaupun Tadika). Sayang rasanya nk biarkan dia terpaksa ponteng sebulan setengah jika saya memilih berpantang di kampung memandangkan dari kecil sampai dah sekolah saya yg menjaga anak2 sendiri. Suami pula bekerja shif,jadi xde sape yg bakal menjaga anak2 bile suami bekerja sekiranya saya di kampung berpantang. Syukurlah ada anak sedara sebelah suami yg bercuti semester panjang,dia lah yg bakal jd babysitter kpd anak sulung dan anak kedua sa...

ZIKIR DAPAT MENCERAHKAN WAJAH

Zikir utama adalah yang diucap dengan hati dan lisan secara serentak. Di antara kedua-duanya, zikir dengan hati adalah lebih utama daripada berzikir dengan lisan semata-mata. Imam al-Ghazali berkata zikir itu terbahagi kepada....... Pertama – Zikir dengan lisan saja. Kedua – Zikir dengan hati serta lisan secara paksa. Ketiga – Zikir dengan hati yang dibantu dengan lisan tanpa paksaan. Menguasai zikir dalam hati dan menumpukannya. Seterusnya Imam al-Ghazali memberikan pandangannya dengan berkata : Yang sedikit faedahnya dan lemah kesannya iaitu apabila lisan berzikir sedangkan hati di dalam keadaan lalai. Firman Allah Petikan dari Surah al-Ahzab, ayat 35 yang bermaksud : “Dan orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar”. Rasulullah S.A.W yang bersabda maksudnya : “Sesiapa yang mengucapkan ‘Subahanallah hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan un...

Berhati-hati Memilih Pemimpin

Artikel ini saya petik dari laman web Dr.Danial Zainal Abidin. Moga kita mendapat manfaat bersama........ Dalam surah al-Hajj ayat 40-41, Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”. Dalam ayat ini Allah menceritakan tentang golongan yang mendapat pertolongan daripada Allah. Mereka ialah golongan yang ‘diteguhkan kedudukan mereka di muka bumi’ berdasarkan kalimat ‘makkannaahum fil ardh’ dalam surah al-Hajj ayat 41. Imam al-Hasan dan Abu al-‘Aliyah mentafsirkan golongan ini sebagai ‘golongan daripada umat ini yang diberikan kemenangan oleh Allah’. Imam Ibn Abu Najih mentafsirkannya sebagai ‘pemimpin-pemimpin’. Imam ad-Dahhak mentafsirkannya sebagai ‘mereka yang kurni...