Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Islam di Malaysia.....cuma "part time" ?

Assalamualaikum.... Sudah lama benar saya tak mengemaskini blog ni. Kesibukan menguruskan rumahtangga dan kekurangan idea adalah antara penyebabnya. Namun pd kali ni terdetik di hati utk menulis penerapan nilai Islam. Namun ini hanyalah pandangan logik akal saya yg saya rasa mungkin bermanfaat utk kita fikirkan dan renungkan bersama...... Teringat ketika mula2 saya membuka akaun Facebook kurang setahun lalu.....seronok rasanya dpt bersua kembali dgn rakan2 lama. Masing2 ada kehidupan sendiri. Ada yg memang cukup berjaya,dan saya bangga dgn kejayaan mereka. Ada yg masih nampak tak berubah.....saiz masih mcm di bangku sekolah walau dah bercahayamata. Ada yg masa sekolah dulu agak nakal namun telah jauh berubah.....menjadi seorang yg mementingkan cara hidup Islam seperti yg dituntut. Namun apa yg menyedihkan saya bila ada yg semasa sekolah dulu bertudung litup dan nampak naif...sekarang sudah hilang tudung litupnya dan pakaian ala-ala tak cukup kain. Sedih....memang saya sedih..... Namun ...

Berhati-hati Memilih Pemimpin

Artikel ini saya petik dari laman web Dr.Danial Zainal Abidin. Moga kita mendapat manfaat bersama........ Dalam surah al-Hajj ayat 40-41, Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”. Dalam ayat ini Allah menceritakan tentang golongan yang mendapat pertolongan daripada Allah. Mereka ialah golongan yang ‘diteguhkan kedudukan mereka di muka bumi’ berdasarkan kalimat ‘makkannaahum fil ardh’ dalam surah al-Hajj ayat 41. Imam al-Hasan dan Abu al-‘Aliyah mentafsirkan golongan ini sebagai ‘golongan daripada umat ini yang diberikan kemenangan oleh Allah’. Imam Ibn Abu Najih mentafsirkannya sebagai ‘pemimpin-pemimpin’. Imam ad-Dahhak mentafsirkannya sebagai ‘mereka yang kurni...