
Assalamualaikum....
Sudah lama benar saya tak mengemaskini blog ni. Kesibukan menguruskan rumahtangga dan kekurangan idea adalah antara penyebabnya. Namun pd kali ni terdetik di hati utk menulis penerapan nilai Islam. Namun ini hanyalah pandangan logik akal saya yg saya rasa mungkin bermanfaat utk kita fikirkan dan renungkan bersama......
Teringat ketika mula2 saya membuka akaun Facebook kurang setahun lalu.....seronok rasanya dpt bersua kembali dgn rakan2 lama. Masing2 ada kehidupan sendiri. Ada yg memang cukup berjaya,dan saya bangga dgn kejayaan mereka. Ada yg masih nampak tak berubah.....saiz masih mcm di bangku sekolah walau dah bercahayamata. Ada yg masa sekolah dulu agak nakal namun telah jauh berubah.....menjadi seorang yg mementingkan cara hidup Islam seperti yg dituntut. Namun apa yg menyedihkan saya bila ada yg semasa sekolah dulu bertudung litup dan nampak naif...sekarang sudah hilang tudung litupnya dan pakaian ala-ala tak cukup kain. Sedih....memang saya sedih.....
Namun bila saya fikirkan semula.....pasti ada sebab dan punca imej tutup auratnya tidak kekal. Bila saya ingat2 kembali sewaktu bersekolah dulu....pelajar perempuan Islam diwajibkan mengikut kod pakaian sekolah iaitu bertudung,baju kurung putih dan berkain biru tua di sekolah rendah,manakala di sekolah menengah berkain biru muda/laut.
Pasti kita semua masih ingat,pada awal kita menjejakkan kaki di sekolah menengah....tiap pelajar baru akan diberikan buku peraturan sekolah yg mengandungi pelbagai larangan dan tatacara yg betul menjadi seorang pelajar termasuklah kod pakaian (uniform) yg ditentukan. Saya memilih peringkat sekolah menengah utk direnungkan bersama kerana saya sendiri tak berapa ingat adakah pada peringkat sekolah rendah ada diberi buku peraturan sekolah....sudah 20 tahun meninggalkan sekolah rendah,siapa lah akan ingat....
Pada minggu pertama,pelajar tingkatan 1 pasti menjalani minggu suaikenal. Ketika itulah tiap2 pagi hari sekolah pelajar akan belajar menyanyi dan menghafal lagu sekolah. Tetapi cuba kita ingat2 kan semula......adakah kita diterangkan mengapa kita perlu berpakaian seperti yg dikodkan? Seingat saya,tidak pernah. Kita tidak diterangkan mengapa kita khususnya pelajar perempuan Islam perlu bertudung....perlu memakai baju kurung putih yg tidak jarang dan kain biru yg tidak jarang?! Sebagai pelajar,kerana takut didenda maka kita mengikut saja peraturan tu. Maka terlahirlah golongan pelajar yg hanya bertudung bila ke sekolah...dan bila habis persekolahan maka tudung dan baju longgar dan menutup seluruh aurat sudah tiada lagi.
Pada tahap ini kita tak boleh menuding jari pd guru2 sekolah...kerana pastinya guru2 menyangka ibu bapa telah pun menjalankan tanggungjawab menerangkan perihal tutup aurat ni. Dan pada saya sendiri sememangnya tanggungjawab menerangkan perihal menutup aurat terutamanya pd anak2 gadis hendaklah dijelaskan oleh ibu bapa sendiri. Mengapa? Sahsiah anak2 lazimnya terbentuk mengikut acuan yg ditentukan sejak dari kecil oleh ibu bapa mereka. Lihat saja sikap masyarakat kita....bile ada anak jiran tetangga yg agak biadap,berpakaian yg kurang sesuai pasti akan disebut...."macam manelah mak bapak dia didik?"..... Dari situ pun kita boleh lihat bahawa peranan ibu bapalah yg amat penting dlm membentuk sahsiah anak2.......sama ada membentuk menjadi Yahudi atau Nasrani atau acuan yg sebenar2nya iaitu acuan Islam.
Bila patutnya mula membentuk sahsiah dan peribadi Islam khususnya perihal solat dan menutup aurat dalam diri anak2 ? Apa yg saya perhatikan dan apa yg berlaku dlm masyarakat kita......anak2 disuruh mengerjakan solat,berpakaian menutup aurat dan lain2nya hanya bila anak2 itu sudah pandai menentukan apa yg mereka suka dan nak lakukan.....ketika mereka sudah bijak memilih imej yg mereka suka. Itu pun anak2 ini diberi arahan tanpa penerangan jelas dan tepat mengapa mereka wajib menjalankan tanggungjawab solat,wajib tutup aurat dan semua yg diwajibkan ke atas anak2 orang Islam. Subjek Pendidikan Islam pula hanya dipelajari utk lulus peperiksaan. Seingat saya ketika di tingkatan 5,ujian lisan fardhu ain memang diwajibkan kepada calon SPM yg beragama Islam. Namun ada kekurangannya..... Kenapa saya kata begitu? Bila mana namanye ujian lisan maka ape yg perlu dibuat para pelajar hanyalah menghafal bagi memastikan mereka lulus. Tak kisahlah mereka faham atau tidak,mereka hayati ilmu itu atau tidak,.....asalkan bile disoal mereka jawab dgn tepat maka lulus lah ujian lisan. Mengapa tidak Pendidikan Islam diadakan ujian Amali(praktikal) sebagaimana subjek Biologi,Kimia,Fizik dan lain2? Dengan meletakkan syarat wajib lulus ujian Amali. Kenapa saya rasa perlu ujian amali Pendidikan Islam? Logiknya ialah....ilmu kalau tidak diamal maka apalah gunanye. Amali dgn kata lain adalah amal,praktikalkan. Jadi bukankah lebih baik pelajar dilatih bukan sekadar mengingat dan menghafal tetapi mampu utk praktikkan.
Tidak dapat disangkal bahawa mendidik anak2 tentang kewajiban sebagai umat Islam letaknya di atas bahu org tua mereka. Namun bukan semua ibu bapa cukup ilmu agamanya. Kerana itulah anak2 dihantar belajar agama di sekolah. Akan tetapi berlaku kesilapan apabila ibu bapa seolah lepas tangan dan mengharap semata2 kepada guru dlm mendidik anak2 tentang Islam. Alasannya sibuk bekerja,tak tahu sgt hal agama dan sebagainya. Anak2 dibiarkan membimbing diri sendiri dengan apa yg mereka belajar disekolah. Anak2 hanya dipantau bile dekat waktu pepriksaan bagi memastikan anak2 lulus periksa. Maka berlakulah seperti apa yg kita dpt lihat pelajar sekarang.....ramai pelajar yg mendapat keputusan cemerlang namun pd masa yg sama rendah dari segi moral malah ada yg terlampau sosial dan juga biadap.... Ini semua disebabkan mementingkan kuantiti berbanding kualiti. Pelajar tu dpt markah penuh cukuplah.....
Alhamdulillah.....saya bersyukur dilahirkan di negeri Johor yg mewajibkan semua anak2 Islam bersekolah agama. Sekolah agama dijalankan pada sebelah petang bermula jam 2ptg. Dan di sekolah agama,kami diwajibkan menjalani ujian amali seperti amali solat dan bacaan Al-Quran. Bila masuk waktu solat asar,waktu pembelajaran dihentikan seketika utk solat jamaah. Tetapi apa yg paling penting sekiranya pelajar tidak lulus subjek wajib seperti subjek Ibadat dan Tauhid maka pelajar itu tidak akan naik ke darjah lebih tinggi....mereka akan kekal di darjah yg sama sehingga lulus semua matapelajaran wajib dan markah purata yg cukup melayakkan naik ke darjah seterusnya. Apa yg menghairankan saya mengapa di Johor sahaja anak2 Islam wajib bersekolah agama? Bukankah lebih baik semua negeri di Malaysia ni mewajibkan anak2 Islam bersekolah agama?!
Apa yg lebih menghairankan tiap negeri mempunyai jabatan pentadbiran agama masing2 yg melaksanakan penguatkuasaan undang2 Islam yg berbeza-beza mengikut negeri. Sebagai contoh....di negeri Kelantan mewajibkan wanita Islam di negeri itu menutup aurat,sesiapa yg melanggarnya akan didenda. Tapi di negeri2 lain tidak pula dilaksanakan seperti itu walaupun Allah telah memerintahkan hambanya menutup aurat bila berhadapan dgn ajnabi,tak kira lah duduk kat negeri mana pun... Jadi siapa kita yg sesuka hati nak tak nak melaksanakan suruhanNya? Alangkah baiknya kalau di Malaysia ni hanya ada satu jabatan agama yg sama di seluruh negeri.....mengapa perlu berbeza2 sedangkan kita berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah yg sama?!
Hal ini tidak dapat lari dari dikaitkan pengaruh politik. Saya tak berani nk mengulas hal politik ni lebih2..... Tapi kita semua sedar Malaysia tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.... atas alasan negara majmuk. Walaupun hukum Allah itu cukup sempurna namun.....walaupun Islam agama rasmi,hukum hudud dianggap tidak sesuai diamalkan di negara berbilang kaum. Hukum Allah dipandang terlalu keras dan kejam.....betapa pendeknya akal manusia,tidak nampak kesan jangka panjang jika hukum Allah dilaksanakan. Sebaliknya terlalu menitikberatkan kemanusiaan......kasihan dan tolak ansur,kononnya undang2 yg dicipta oleh manusia itu lebih berkesan. Lihat sendiri gejala dan penyakit sosial remaja masa kini......rasa2nya berkesankah undang2 ciptaan manusia? Sempurna dan bijak sangatkah undang2 manusia?! Sedangkan akal yg kita ada pun ini dikurniakan oleh Yang Maha Bijaksana.....
Apa yg boleh saya simpulkan..... penerapan nilai Islam di negara ini boleh dikatakan sebagai 'part time job' saje.....bukan 'Full Time'....... Fikir2kan......
Comments
Post a Comment