Skip to main content

I love Islam

Assalamualaikum....

Hari ni aku buka FB dan tgk satu video seorang bukan muslim menghina Islam dan Rasululullah S.A.W. Menonton video tu menjadikan aku 'panas'.....menyirap-nyirap je ...rs mcm nk rejam org tu. Itu lah padahnya org jahil. Tak fhm tapi berani nk komen. Siapa2 pun xkira bangsa atau agama.....bila kita xpandai kita belajar....bila kita xfhm kita belajar....cari ilmu......bila dah ada ilmu tu kita kena fahami betul2,hayati...dan kemudian buat pilihan sama ada nk amalkan atau tidak. Pastu bila nk 'study' sesuatu bab tu jgn le pndang negatifnya dan ketepikan positifnya bulat2.....yg paling penting jgn suka2 buat spekulasi kalau tak fhm maksud sebenar apa yg kita tahu tu... Ntah le....komen lebih2 karang aku lak kena. Apa2 pun mmg aku tak boleh sabar bila ada yg menghina Islam atau Rasulullah S.A.W. Aku sayangkan agama Islam dan baginda Rasululllah S.A.W...wlupun aku pun amal ibadat tak seberapa tetapi tiap umat Islam mmg mesti mencintai Islam dan Rasulullah S.A.W. Islam is Perfect!! Tak kenal maka tak cinta....kalau kita tak mendalami ajaran Islam....kita takkan fhm betapa Islam itu agama yg sempurna......Allahuakbar!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Assalamualaikum...... Sudah lama benar saya 'abaikan' blog ni. Hmmm......kesibukan menguruskan rumahtangga dan anak sulung yg sudah bersekolah tadika tahun ini dlm keadaan diri sedang hamil anak ke-3 membuatkan masa saya lapang saya lebih byk diluangkan dgn berehat secukupnya demi menjaga kesihatan sendiri dan anak dlm kandungan. Dan kini hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi si kecil bakal melihat dunia.....insyaAllah. Tempoh berpantang kali ini saya hanya memilih utk berpantang di rumah sendiri memandangkan anak sulung sudah bersekolah(walaupun Tadika). Sayang rasanya nk biarkan dia terpaksa ponteng sebulan setengah jika saya memilih berpantang di kampung memandangkan dari kecil sampai dah sekolah saya yg menjaga anak2 sendiri. Suami pula bekerja shif,jadi xde sape yg bakal menjaga anak2 bile suami bekerja sekiranya saya di kampung berpantang. Syukurlah ada anak sedara sebelah suami yg bercuti semester panjang,dia lah yg bakal jd babysitter kpd anak sulung dan anak kedua sa...

ZIKIR DAPAT MENCERAHKAN WAJAH

Zikir utama adalah yang diucap dengan hati dan lisan secara serentak. Di antara kedua-duanya, zikir dengan hati adalah lebih utama daripada berzikir dengan lisan semata-mata. Imam al-Ghazali berkata zikir itu terbahagi kepada....... Pertama – Zikir dengan lisan saja. Kedua – Zikir dengan hati serta lisan secara paksa. Ketiga – Zikir dengan hati yang dibantu dengan lisan tanpa paksaan. Menguasai zikir dalam hati dan menumpukannya. Seterusnya Imam al-Ghazali memberikan pandangannya dengan berkata : Yang sedikit faedahnya dan lemah kesannya iaitu apabila lisan berzikir sedangkan hati di dalam keadaan lalai. Firman Allah Petikan dari Surah al-Ahzab, ayat 35 yang bermaksud : “Dan orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar”. Rasulullah S.A.W yang bersabda maksudnya : “Sesiapa yang mengucapkan ‘Subahanallah hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan un...

Berhati-hati Memilih Pemimpin

Artikel ini saya petik dari laman web Dr.Danial Zainal Abidin. Moga kita mendapat manfaat bersama........ Dalam surah al-Hajj ayat 40-41, Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”. Dalam ayat ini Allah menceritakan tentang golongan yang mendapat pertolongan daripada Allah. Mereka ialah golongan yang ‘diteguhkan kedudukan mereka di muka bumi’ berdasarkan kalimat ‘makkannaahum fil ardh’ dalam surah al-Hajj ayat 41. Imam al-Hasan dan Abu al-‘Aliyah mentafsirkan golongan ini sebagai ‘golongan daripada umat ini yang diberikan kemenangan oleh Allah’. Imam Ibn Abu Najih mentafsirkannya sebagai ‘pemimpin-pemimpin’. Imam ad-Dahhak mentafsirkannya sebagai ‘mereka yang kurni...