Skip to main content

Hilangnya Malu.......

Assalamualaikum..... Sebelum kalian membaca nota ini,ingin sekali aku memohon beribu kemaafaan andai ada yg terasa,tersinggung dan sebagainya bila membaca nota ini...Bukan niat nk menyinggung sesiapa,sekadar menulis buat renungan bersama......

Sengal....sengal....... Sabtu mlm ahad kelmarin aku dgn hubby dan anak2 pergi la ke pasar mlm kat sini. Sampai2 je kat pasar mlm tu org punya la ramai....nk kata time dpt gaji,lum hujung bulan lg. Tapi tak kisah le tu.... Hubby pun parking kete. Kami berjalan menuju ke tapak pasar mlm tu. Dalam bersesak-sesak tu anak aku Syirah mintak nk beli dadih kat slh satu gerai. Tgh2 duk tggu peniaga tu bungkuskan dadih tu.....lalu la dua org awek Melayu ni yg free hair dan berpakaian yg aku rs cukup menyimpang dr landasan Islam. Aku dan hubby secara automatik beristighfar dan masing2 menggeleng kepala.

Apa yg aku maksudkan pakaian awek tu yg menyimpang adalah kerana...... yg sorang tu pakai kemeja yg fit badan dan berlengan pendek bersama dgn legging yg sekarang ni jd trend budak2 remaja,dan yg sorang lagi.....mungkin bukan aku dgn hubby je yg menggeleng kepala dan beristighfar pd masa tu......... Awek yg sorang lagi tu memakai blaus separas tutup punggung dgn hanya NET PANTYHOSE dan high heel. Yup!!!! Korang tak salah baca...... Aku dgn hubby mmg tgk secara 'live'. Bayangkan le hanya pantyhose!!! Yang lelaki mungkin tak tau apa tu net pantyhose....tanya la kat isteri korang tak pun korang suruh pak cik Google carikan. Senario mcm ni kalau kat KL tu mungkin org dah tak heran....,tapi bila berlaku kat kawasan pekan,kat pasar mlm lak tu....pd aku mmg langsung 'tak sesuai'..... tapi bukan jugak bermakna kau boleh berpakaian mcm tu sesuka hati kat tempat2 lain di depan org ramai yg mmg bukan muhrim....100% NO!!!

Aku bukan nak mengata....tapi korang yg duduk kat kampung mungkin tak nampak senario mcm ni lagi. Tapi realitinya remaja sekarang mmg dah parah!!!! Dengan berpakaian mcm tu aku takkan slhkan lelaki semata-mata kalau awek tu kene renung ke raba ke atau lebih teruk kena rogol.....kalau bukan nk menarik minat lelaki takkan dia nk berpakaian camtu kot?!... Astaghfirullahalazim!!! Ke mana hilang rs malu? Ke mana dia letakkan maruah dia? Atau dia sebenarnya tak faham definisi maruah wanita Islam,batas aurat wanita Islam? Nak salahkan ibu bapa dia,mungkin dia org yg merantau kat sini....ibu bapa kat kampung tak tau!...Balik ke kampung mungkin bertudung....Wallahualam.....

Sebagai wanita Islam,wanita Melayu....aku rs geram,tapi yg lebih penting malu dgn kaum sendiri yg merendahkan martabatnya. Dia dah tentu lah berdosa dgn free hair dan berpakaian begitu.....tak kisah kalau nak mcm tu tapi tolong laaaa perlihatkan pd yg berhak sahaja iaitu suami kalau dah berkahwin. Kalau belum berkahwin,simpan le sampai dah sah jd isteri org dan pastu pamerkan pd suami je. Tak pasal2 mlm tu ntah berapa ramai yg terlibat dgn zina mata. Untuk apa?!! Untuk apa perlihatkan aurat sampai sebegitu kalau bukan untuk menarik perhatian lelaki? Lelaki yg kuat iman mungkin terlihat dan terus mengalih pandangan. Tapi lelaki yg lemah imannya pasti akan melihat utk kali kedua,ketiga,keempat......dan mungkin ada yg terdetik di hati..."kalau lah aku dpt awek tu...." Kekuatan seseorang muslim tu bukan pd gagahnya body,atau banyaknya makan,atau kebolehan menolak lori bertan-tan.... Kekuatan sebenar seorang muslim adalah apabila mampu melawan godaan dan hasutan syaitan.

Senario mcm ni la yg menakutkan aku. Aku takut anak2 aku terjebak dgn gejala2 mcm ni. Tak dpt nak bayangkan kalau suatu hari nnt anak aku buat mcm tu. Kalau anak aku buat.....mmg rasanya aku gosok peha dia dgn berus dawai sampai berdarah berparut,sampai dia malu nak bg orang tgk free free je. Mmg cabaran nak mendidik anak2 sekarang ni cukup besar.... Tanggungjawab cukup berat lebih lagi bila menetap di kawasan bandar. Dengan sbb inilah aku lebih suka memerap di rumah,supaya anak2 aku terdidik untuk suka duduk di rumah berbanding merayau2 di luar sana yg mmg penuh dgn noda. Bukan bermakna aku mengongkong....sekadar mendidik supaya tak menjadi 'sosial' keterlaluan. Anak2 ni kalau nk di didik biarlah masa masih peringkat rebung lagi,kalau dah jadi buluh....lentur la mcm mane pun takkan boleh punyer.....hanya sama ada ianya patah atau tangan kita akan terluka.

"Ala.....rilekslaa....open minded la ckit,sosial la ckit...ape slhnye".....pasti ada yg berkata begini. Ape slhnye?! Pendapat sebegini pun dah nmpak agak terpesong...apa lg praktikalnya...... tak slh nk open minded tapi biar bertempat. Open minded tak bermakna kau boleh open body utk tatapan umum! Fikirlah sendiri. Allah dah kurniakan akal fikiran utk kita memilih jalan yg lurus. Allah juga dah bekalkan kita dgn Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup.

Ya...aku akui yg aku pun bukannya baik sgt,aku juga pernah buat silap,pernah nakal......pernah free hair dgn siap color lagi,pernah cukur kening,pernah lukakan hati org,pernah juga ditawarkan pilihan sama ada nk jd 'mistress' atau nk jd isteri kedua. Tapi aku sedar semua tu hanya keselesaan di dunia,keseronokan sementara. Bila sahaja aku kehilangan kedua ibu bapa tersayang....dan bila dah bergelar isteri dan ibu, memiliki cahaya mata sendiri lama kelamaan perasaan mengejar nikmat duniawi tu hilang sedikit demi sedikit. Aku mula tersedar dr mimpi yg tak ke mana. Aku mula sedar.....apa hasilnya yg aku dpt dgn keseronokan dan pujian dunia ni?.... Aku sedar apa aku buat dulu salah tapi aku buat gak kenapa?....apa aku dapat? Aku tau aku dapat dosa tapi kenapa aku buat jugak?...... Aku leh hidup sampai 100 tahun ke?...... Kalau sok lusa Tuhan ambil nyawa camne?...... Syukur Alhamdulillah....Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah membuka pintu hati aku untuk kembali mendekatiNya....kembali ke jalanNya.... Kalau tidak aku masih lagi pakai tudung on off sekarang ni....kalau tidak mungkin solat aku pun on off sekarang ni.....kalau tidak mungkin apa aje aku buat aku main langgar je,tak pikir hati org yg aku sayang,tak pikir dosa yg aku buat tu nntinya suami aku yg tanggung,yg terpaksa menjawab pd-Nya kelak...... Tak pikir yg ape yg aku buat ni anak2 aku nnti main 'copy' je..... Lumrah la kan,anak2 pasti akan ikut ape yg ibu bapa mereka buat..... Bila anak2 dah buat kesilapan kelak....aku jugak yg kena jawab.....

Tujuan aku ceritakan semua ni bukan nk mengata awek tu...aku pun bukan kenal dia,bukan juga nk menyindir sesiapa,cuma aku nk kita semua fikir sedalam2nya,timbang sebaik2nya.....sampai bila kita nk menongkat dunia.......esok lusa kalau Allah nk ambil nyawa,masa tu pulak kita dalam keadaan muslim yg tak sempurna.....dgn kain terselak nmpak peha,rambut terurai dgn ber'color' dan 'highlight' sebagainya.......keluar umah lak main keluar je tanpa izin suami,.....atau tgh berlaku curang dgn org lain di belakang isteri/suami...... tetiba Allah perintahkan malaikat maut menarik nyawa kita...... Ape nk buat? Tak de apa kita boleh buat sbb kita takkan tau bile masanya..... Jadi bila lagi nak bersedia dgn amal ibadat yg boleh membantu kita? Hanya amal ibadat kita dan doa anak2 yg soleh dan solehah je yg dapat membantu kita kelak. Bukan kawan2 yg memuji akan cantiknya rambut kita,bukan juga harta benda yg kita kumpul bertimbun byknya,bukan juga pangkat dan gelaran yg yg buat org bangga dgn kita.....

"Cakap mmg la senang.....nk berubah tu bukan senang tau!" Kalau tak pun...."Kau sibuk hal aku apsal?...Kubur lain2 laa,jg tepi kain kau sendiri!" Aku yakin akan ada yg kata mcm ni. Yg kata susah tu bukan kita.....yg kata susah tu 'kawan' yg bertanduk dua yg mmg kerjanya sesatkan kita....cuma kita tak nmpak je. Cuma kita je yg tak kuat nk menentangnya.... Kalau tak secara 'kasar',pasti secara halus lak.....contohnya..."Aku nak berubah tapi malu la,mesti diorang perli2 punye..." Malu?.... Kenapa nak malu dgn kawan2 yg perli2 tu? Kalau dah nazak nnti diorang leh tolong kita 'cover' balik amal ibadat yg kita tinggal dulu ke?..... Peduli apa dgn kawan2 yg mcm tu! Kita hanya patut malu pd Allah sbb kita dah ingkar pd perintah dan tuntutan-Nya. Bersyukurlah kita masih dipanjangkan nyawa dan diberikan bermacam dugaan dan ujian yg sebenarnya bertujuan menyedarkan kita untuk pulang ke jalan-Nya..... Bersyukurlah apa yg kita ada hari ini adalah kurniaan dari-Nya.... Redhalah dgn tiap ketentuan-Nya. Kerjakanlah solat kerana sesungguhnya solat itu dpt mencegah kemungkaran...... Andai solatmu tak dapat mencegah dari kemungkaran......kaji semula 'khusyuk' mu ketika solat... Kaji semula keikhlasanmu mengerjakan amal. Andai sebelum ini kau tak 'biasa' melakukan amal ibadat.......paksa diri utk membiasakan. Mmg pd mula kau tak ikhlas,lama kelamaan bila dah biasa dan dah sebati dgn rutin harian,keikhlasan itu akan tumbuh dgn sendirinya...... Kalau kau boleh jdkan perkara larangan itu sebagai kebiasaan,kenapa perkara yg dituntut tak kau jadikan amalan dan tabiat?!

Mulakan sekarang.....kaji byk mana kemungkaran yg kita buat berbanding amal ibadat kita. Jgn kerana sibuk kumpul kekayaan dunia,bekalan utk akhirat entah ke mana kau sia-siakan. Jgn kerana nk kejar kemahsyuran dunia,kau langgar semua larangan-Nya. Kembalilah mendekati-Nya....nescaya kau akan merasakan ketenangan,nescaya kau akan merasa kelapangan hati dan minda.......nescaya kau akan merasa lebih positif.... Dan kau akan merasa 'seronok' melakukan amal kebaikan kerana kau tahu kau mengikut jalan-Nya.....kau tak merasa bimbang tersesat kerana kalam suci-Nya dan sunnah Rasul-Nya menjadi panduan hidup, kau takkan merasa resah kerana bibirmu basah dgn zikir pd-Nya........kau takkan gentar menghadapi segala mcm dugaan kerana kau percaya pd qada' dan qadar-Nya.... Kau akan merasa bahagia kerana cinta yg semakin kuat pd-Nya......... Jadikan Ramadhan yg bakal menjelma ini sebagai titik tolak untuk menjadi muslim sejati......Niatkan dlm hati,teguhkan dgn keazaman,tanamkan keberanian....,Yang Maha Agung sentiasa merahmati hambaNya yg ingin kembali pdNya. Sesungguhnya yg baik itu datangnya dri Allah,dan yg buruk itu adalah dri kita sendiri......

Renung-renungkan lah wahai sahabat.......

Sekali lagi aku memohon ampun dan maaf andai ada yg terasa dgn catatan ini......sesungguhnya aku juga hamba-Nya yg lemah yg masih berusaha untuk berubah menjadi muslim yg sebenarnya.... Semoga Allah mengampunkan aku,orang2 yg aku cintai dan sayangi serta sahabat2 yg aku kasihi........Amin

Comments

Popular posts from this blog

Raye raye raye.....

Assalamualaikum....... Lama dah x nulis dlm blog aku nih.... Musim raya la kan....sibuk beraya la ape lg. Tapi raya raya gak.....jgn lak kita jd org yg lama selepas sebulan berpuasa. Ramadhan berlalu....amalan pun berlalu pergi gak.....ape nk jadi?! Tiap tahun sama jek.....puasa sebulan Ramadhan dijadikan semacam 'adat budaya' je... Bile Syawal menjelma.....lupa laaa nk teruskan amal ibadat yg dituntut. Syaitan pun gelak ketawa sakan le..... Lebih lg bile pi umah terbuka sana sini....solat pun lupa sbb sibuk jalan sana sini mkn free...... Kesian ada sedih pun ada......Mudah2 Allah berikan aku,keluarga aku,kawan2 aku kekuatan iman yg berlipat kali ganda setelah Syaitan kembali bebas menggoda.....Amin!!!

Berhati-hati Memilih Pemimpin

Artikel ini saya petik dari laman web Dr.Danial Zainal Abidin. Moga kita mendapat manfaat bersama........ Dalam surah al-Hajj ayat 40-41, Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”. Dalam ayat ini Allah menceritakan tentang golongan yang mendapat pertolongan daripada Allah. Mereka ialah golongan yang ‘diteguhkan kedudukan mereka di muka bumi’ berdasarkan kalimat ‘makkannaahum fil ardh’ dalam surah al-Hajj ayat 41. Imam al-Hasan dan Abu al-‘Aliyah mentafsirkan golongan ini sebagai ‘golongan daripada umat ini yang diberikan kemenangan oleh Allah’. Imam Ibn Abu Najih mentafsirkannya sebagai ‘pemimpin-pemimpin’. Imam ad-Dahhak mentafsirkannya sebagai ‘mereka yang kurni...

IBLIS......MUSUH atau TEMAN?

Telah diceritakan bahwa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat. Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?" Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." "Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?" Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku." Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?" Iblis menjawab, "Lima belas." 1. Engkau sendiri hai Muhammad. 2. Imam dan pemimpin yang adil. 3. Orang kaya yang merendah diri. 4. Pedagang yang jujur dan amanah. 5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk. 6. Orang Mukmin yang memberi nasihat. 7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang. 8. Orang yang tetap dan ...