Skip to main content

Allah sayangkan hambaNya

Assalamualaikum....

Kejap ada kejap xde,cam biskut lak saya ni. Hehehe.... Alhamdulillah hari ni Allah pinjamkan sedikit masa utk saya menulis di blog ni. 8hb November baru ni saya menjalani rawatan I/V Cyclo yg ke-9,iaitu sejenis rawatan kemo utk pesakit SLE. Sejujurnya saya seakan letih menjalani rawatan ni....bile sebut kemo pastinya sejenis rawatan yg agak 'kuat'. Memang 'kuat' pun rasanya....bile ubat tu dah meresap dlm sistem bdn ni terasa 'panas' jer....mcm menggelegak jer otak saya ni... Huhuhu.... Tu belum muntah2 bile dah balik umah. Alhamdulillah kadang2 je saya pening kepala teruk dan muntah2....tu pun bile lambat mkn ubat tahan muntah yg diberi. Kalau x fikirkan nak sihat,nak uruskan rumahtangga,anak2 yg masih kecil...dah tentu saya x sekuat mana nk melawan penyakit SLE ni. Ape yg penting elak stress!!
          Sejak disahkan menghidap SLE ni saya cuba sedayanya utk tidak stress. Saya pun mmg org yg xsuka stress-stress ni. Saya mkn ubat tiap hari,ikut rawatan yg ditetapkan....dan jalani hidup mcm biasa. Buat mcm xde ape jer....kadang2 tu terfikir,...betul ke saya ni ada penyakit kronik?... Mungkin mmg sudah sikap saya yg akan sentiasa redha dgn ketentuan Allah menjadikan saya kadang2 seakan lupa saya menghidap SLE. Tapi itulah sebenarnya petua melawan sakit ni...sentiasa perlu positif! Ajal maut di tangan Allah,selagi hidup kita harus berikhtiar melawan penyakit. Allah beri kita sakit sebagai ujian hidup sbb Allah sayangkan kita. Sakit tu utk 'mencuci' dosa2 kita yg lalu. Jadi,kita seharusnya bersyukur kerana dgn diberikan sakit bermakna Allah beri kita peluang utk perbaiki diri,meningkatkan amal ibadat seterusnya berusaha menjadi hamba-Nya yg beramal soleh. Saya percaya tiap apa yg Allah tentukan utk kita adalah yg terbaik utk kita. Allah berikan saya sakit ni kerana Allah tahu saya mampu menghadapinya. Alhamdulillah saya hadapi dgn tabah setakat ini. Keletah anak2,cinta suami....kasih sayang mereka lah yg membuatkan saya kuat!
           Walaupun hakikat yg saya perlu bergantung kpd ubat sepanjang masa kedengaran agak berat buat sesetengah org dan saya sendiri. Tapi itu adalah salah satu ikhtiar yg boleh saya buat utk 'memanjangkan' hayat saya... Sesungguhnya yg baik semuanya hanya dr Allah dan yg buruk itu dtgnya dr saya sendiri...... Life must go on.... Don't worry be happy!! Berdoa pd Allah selalu!! Hanya Dia yg mampu menentukan segalanya!

Comments

Popular posts from this blog

Assalamualaikum...... Sudah lama benar saya 'abaikan' blog ni. Hmmm......kesibukan menguruskan rumahtangga dan anak sulung yg sudah bersekolah tadika tahun ini dlm keadaan diri sedang hamil anak ke-3 membuatkan masa saya lapang saya lebih byk diluangkan dgn berehat secukupnya demi menjaga kesihatan sendiri dan anak dlm kandungan. Dan kini hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi si kecil bakal melihat dunia.....insyaAllah. Tempoh berpantang kali ini saya hanya memilih utk berpantang di rumah sendiri memandangkan anak sulung sudah bersekolah(walaupun Tadika). Sayang rasanya nk biarkan dia terpaksa ponteng sebulan setengah jika saya memilih berpantang di kampung memandangkan dari kecil sampai dah sekolah saya yg menjaga anak2 sendiri. Suami pula bekerja shif,jadi xde sape yg bakal menjaga anak2 bile suami bekerja sekiranya saya di kampung berpantang. Syukurlah ada anak sedara sebelah suami yg bercuti semester panjang,dia lah yg bakal jd babysitter kpd anak sulung dan anak kedua sa...

ZIKIR DAPAT MENCERAHKAN WAJAH

Zikir utama adalah yang diucap dengan hati dan lisan secara serentak. Di antara kedua-duanya, zikir dengan hati adalah lebih utama daripada berzikir dengan lisan semata-mata. Imam al-Ghazali berkata zikir itu terbahagi kepada....... Pertama – Zikir dengan lisan saja. Kedua – Zikir dengan hati serta lisan secara paksa. Ketiga – Zikir dengan hati yang dibantu dengan lisan tanpa paksaan. Menguasai zikir dalam hati dan menumpukannya. Seterusnya Imam al-Ghazali memberikan pandangannya dengan berkata : Yang sedikit faedahnya dan lemah kesannya iaitu apabila lisan berzikir sedangkan hati di dalam keadaan lalai. Firman Allah Petikan dari Surah al-Ahzab, ayat 35 yang bermaksud : “Dan orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar”. Rasulullah S.A.W yang bersabda maksudnya : “Sesiapa yang mengucapkan ‘Subahanallah hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan un...

Berhati-hati Memilih Pemimpin

Artikel ini saya petik dari laman web Dr.Danial Zainal Abidin. Moga kita mendapat manfaat bersama........ Dalam surah al-Hajj ayat 40-41, Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”. Dalam ayat ini Allah menceritakan tentang golongan yang mendapat pertolongan daripada Allah. Mereka ialah golongan yang ‘diteguhkan kedudukan mereka di muka bumi’ berdasarkan kalimat ‘makkannaahum fil ardh’ dalam surah al-Hajj ayat 41. Imam al-Hasan dan Abu al-‘Aliyah mentafsirkan golongan ini sebagai ‘golongan daripada umat ini yang diberikan kemenangan oleh Allah’. Imam Ibn Abu Najih mentafsirkannya sebagai ‘pemimpin-pemimpin’. Imam ad-Dahhak mentafsirkannya sebagai ‘mereka yang kurni...