Skip to main content

Posts

Allah sayangkan hambaNya

Assalamualaikum.... Kejap ada kejap xde,cam biskut lak saya ni. Hehehe.... Alhamdulillah hari ni Allah pinjamkan sedikit masa utk saya menulis di blog ni. 8hb November baru ni saya menjalani rawatan I/V Cyclo yg ke-9,iaitu sejenis rawatan kemo utk pesakit SLE. Sejujurnya saya seakan letih menjalani rawatan ni....bile sebut kemo pastinya sejenis rawatan yg agak 'kuat'. Memang 'kuat' pun rasanya....bile ubat tu dah meresap dlm sistem bdn ni terasa 'panas' jer....mcm menggelegak jer otak saya ni... Huhuhu.... Tu belum muntah2 bile dah balik umah. Alhamdulillah kadang2 je saya pening kepala teruk dan muntah2....tu pun bile lambat mkn ubat tahan muntah yg diberi. Kalau x fikirkan nak sihat,nak uruskan rumahtangga,anak2 yg masih kecil...dah tentu saya x sekuat mana nk melawan penyakit SLE ni. Ape yg penting elak stress!!           Sejak disahkan menghidap SLE ni saya cuba sedayanya utk tidak stress. Saya pun mmg org yg xsuka stress-stress ni. Sa...
Recent posts
Bismillahirrahmanirrahhim..... Assalamuaalaikum....... Benarlah kata org tua2,hidup ini sukar diduga. hari ini kita sangka hari2 kita pasti berjalan seperti biasa. kita sangka hari2 yg kita lalui pasti dipenuhi dgn rutin yg sama. Namun kita hanya mampu merancang,Allah jua yg menentukan segalanya. Selama ini saya langsung tak menduga gejala2 kecil yg saya alami adalah gejala penyakit SLE. Malah saya langsung tak mengetahui apa2 berkenaan sakit ini sehinggalah saya disahkan menghidapi SLE pd pertengahan Februari 2012. Apa2 pun saya terima dgn tenang dan redha. Setiap ape yg berlaku ada hikmahnya. Allah tidak akan menguji hambaNya jika hamba itu tidak mampu menerimanya. Hidup mati kita di tanganNya...tak perlu putus asa utk jalani hidup. Di sini saya sertakan sedikit info tentang SLE utk pengetahuan rakan2. Apakah SLE? Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipangg...
Assalamualaikum...... Sudah lama benar saya 'abaikan' blog ni. Hmmm......kesibukan menguruskan rumahtangga dan anak sulung yg sudah bersekolah tadika tahun ini dlm keadaan diri sedang hamil anak ke-3 membuatkan masa saya lapang saya lebih byk diluangkan dgn berehat secukupnya demi menjaga kesihatan sendiri dan anak dlm kandungan. Dan kini hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi si kecil bakal melihat dunia.....insyaAllah. Tempoh berpantang kali ini saya hanya memilih utk berpantang di rumah sendiri memandangkan anak sulung sudah bersekolah(walaupun Tadika). Sayang rasanya nk biarkan dia terpaksa ponteng sebulan setengah jika saya memilih berpantang di kampung memandangkan dari kecil sampai dah sekolah saya yg menjaga anak2 sendiri. Suami pula bekerja shif,jadi xde sape yg bakal menjaga anak2 bile suami bekerja sekiranya saya di kampung berpantang. Syukurlah ada anak sedara sebelah suami yg bercuti semester panjang,dia lah yg bakal jd babysitter kpd anak sulung dan anak kedua sa...

Akhiri 1431H dan Sambut 1432H dengan berdoa.

Assalamualaikum...... Alhamdulillah.....Segala puji bagi Allah kerana masih memanjangkan usia saya memasuki tahun baru 1432 Hijriyah. Setiap kali menjelang Awal Muharram saya pasti teringat sewaktu arwah ayah masih ada dahulu,setiap kali hari terakhir sebelum memasuki tahun baru hijrah....menjadi suatu kemestian bagi arwah ayah mengajak kami sekeluarga berkumpul sebelum masuk waktu solat maghrib utk sama2 membaca doa akhir tahun dan kemudian selepas solat maghrib sama2 membaca doa awal tahun. Di sini saya kongsikan doa akhir dan awal tahun hijrah utk kita manfaatkan bersama. Walaupun ianya tidak diwajibkan,namun sangat digalakkan. Mungkin juga ada antara kita yg tak tahu pun ada doa utk menyambut tahun baru hijrah dan doa utk akhir tahun. Jadi pd yg tak pernah berdoa sempena kedatangan tahun baru Hijrah.....marilah sama2 mulakan tahun 1432 H ini dengan menadah tangan dan berdoa kepada Yang Maha Esa. Doa Akhir Tahun Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib p...

Islam di Malaysia.....cuma "part time" ?

Assalamualaikum.... Sudah lama benar saya tak mengemaskini blog ni. Kesibukan menguruskan rumahtangga dan kekurangan idea adalah antara penyebabnya. Namun pd kali ni terdetik di hati utk menulis penerapan nilai Islam. Namun ini hanyalah pandangan logik akal saya yg saya rasa mungkin bermanfaat utk kita fikirkan dan renungkan bersama...... Teringat ketika mula2 saya membuka akaun Facebook kurang setahun lalu.....seronok rasanya dpt bersua kembali dgn rakan2 lama. Masing2 ada kehidupan sendiri. Ada yg memang cukup berjaya,dan saya bangga dgn kejayaan mereka. Ada yg masih nampak tak berubah.....saiz masih mcm di bangku sekolah walau dah bercahayamata. Ada yg masa sekolah dulu agak nakal namun telah jauh berubah.....menjadi seorang yg mementingkan cara hidup Islam seperti yg dituntut. Namun apa yg menyedihkan saya bila ada yg semasa sekolah dulu bertudung litup dan nampak naif...sekarang sudah hilang tudung litupnya dan pakaian ala-ala tak cukup kain. Sedih....memang saya sedih..... Namun ...

Berhati-hati Memilih Pemimpin

Artikel ini saya petik dari laman web Dr.Danial Zainal Abidin. Moga kita mendapat manfaat bersama........ Dalam surah al-Hajj ayat 40-41, Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”. Dalam ayat ini Allah menceritakan tentang golongan yang mendapat pertolongan daripada Allah. Mereka ialah golongan yang ‘diteguhkan kedudukan mereka di muka bumi’ berdasarkan kalimat ‘makkannaahum fil ardh’ dalam surah al-Hajj ayat 41. Imam al-Hasan dan Abu al-‘Aliyah mentafsirkan golongan ini sebagai ‘golongan daripada umat ini yang diberikan kemenangan oleh Allah’. Imam Ibn Abu Najih mentafsirkannya sebagai ‘pemimpin-pemimpin’. Imam ad-Dahhak mentafsirkannya sebagai ‘mereka yang kurni...

Sukarnya tepati janji.....

Seorang teman mengadu hal berkenaan suaminya kepada saya hari ini. Teman saya itu dan suaminya pada pandangan saya merupakan pasangan yg boleh dikatakan bahagia. Teman saya menceritakan yg suaminya telah lupa janji sekali lagi. Saya mengerutkan dahi dan memandang teman saya itu sebagai isyarat ingin tahu apa yg dia maksudkan. "Takde laa....tadi aku buka FB tgk hubby aku baru berkawan dgn sorang pompuan. Aku check le FB pompuan tu,dah berkahwin. Mungkin bekas kawan sekolah dia. Cuma yg wat aku terkilan.....sebelum ni dia dah berjanji mana2 pompuan yg nk 'add' dia dlm FB dia akan bgtau aku sebelum dia confirm request. Tapi td aku buka FB tgk2 dia dah kawan dgn sorg pompuan. Bukan 1st time dia lupa,ni dah 3 kali. kali pertama dia lupa dulu dia kata dia tak sengaja tekan confirm,dia nak tekan ignore tertekan confirm. Aku diam je la....tapi terdetik gak alasan tu mcm tak leh diterima. Kali kedua pun dia bg alasan yg sama.....aku xtau la yg ke 3 kali ni apa pulak dia nk jawab. A...